Thursday 12 July 2012

Upload Video Dalam Blog

Selain gambar, video juga memainkan peranan yang penting untuk seseorang blogger untuk mempelbagaikan kandungan entri dalam blog.

Video boleh merangkumi samada aktiviti peribadi, video klik lagu kegemaran, video klip percutian, tutorial dan apa sahaja yang dilihat lebih memudahkan untuk disampaikan kepada pengunjung ataupun untuk tatapan pemilik blog sahaja.


Untuk mengupload video menggunakan kaedah yang tersedia untuk blogger adalah seperti berikut:


1. Login ke dalam akaun blogger anda, kemudian klik pada new post.



2. Pada paparan yang muncul, klik pada icon video seperti yang ditunjukkan.




3. Langkah seterusnya, browse video yang hendak diupload, anda ada pilihan untuk upload video daripada YouTube, My YouTube videos, From your phone atau daripada webcam anda.


4. Disini saya tunjukan contoh apabila anda memilih untuk upload video dari YouTube. Cari nama video yang hendak di upload. klick pada video yang telah dicari, kemudian klik pada select kemudian video yang di select akan terpapar. klik pada save dan publish.




5. Lihat contoh video seperti dibawah yang telah siap di upload dengan mengikut langkah-langkah seperti di atas, selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...